KiddiesPyjamas.Blogspot.com

Reka bentuk asal KiddiesPyjamas.Blogspot:

Tema Blogger Asal

Disebabkan KiddiesPyjamas menjual baju tidur kanak-kanak, saya dan Najwa merasa perlu adanya unsur kanak-kanak dan comel di situ :)

Rupa tema asal yang dipilih:

Rupa Sebelum Diubah

Kerana tema asalnya berwarna pink, jadi Najwa mereka header berwarna pink juga untuk disesuaikan dengan tema asal.

Header pink yang direka khusus untuk KiddiesPyjamas

Header Kiddies Pinky

(Comel kan? hehe)

Lihat pula tema ini setelah diubahsuai

Final Design Pinky

(Berbeza dan unik kan?)

Atas permintaan Kak Ina, pemilik KiddiesPyjamas, dia ingin melihat rekaan ini dalam 2 warna lagi, iaitu coklat dan ungu.

Setelah melihat hasil kerja tangan Najwa dalam warna coklat dan ungu, puas saya memikirkan bagaimana mahu menyesuaikan tema asal berwarna pink kepada coklat dan ungu!

Header Kiddies Coklat

Header Kiddies Purple

Setelah puas bermain-main dengan warna kod CSS, inilah tema warna coklat dan ungu yang terhasil!

Final Design Chocolatey

(Saya dan Najwa paling suka yang ini, walaupun Najwa suka yang pinky itu mula-mulanya…)

Final Design Purple

(Lihat gambar penuh setiap gambar dengan klik mereka!)

Namun, warna pink juga yang menawan hati Kak Ina :) Terima kasih Kak Ina kerana berminat mencuba servis dari GrafikMaya!

Ini komen Kak Ina setelah melihat hasil kerja kami

Salam Waida,

Terima kasih kerana menyiapkan KiddiesPyjamas.blogspot. Akak puas hati dengan layout ini dan jika ada apa-apa masalah teknikal, InsyaAllah akak contact Waida ye..
Boleh kak. Tiada masalah! Jika ada kerja lagi, jangan segan hubungi kami ya? ;)
PS: Setiap pelanggan yang mendapatkan servis kami, akan mendapat khidmat support teknikal selama 6 bulan secara percuma setelah blog disiapkan.

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree